Friday, July 25, 2014

Minggu Pendidikan Khas 21 Julai - 25 Julai 2014


Persembahan nyanyian lagu "U Raise Me Up" oleh Pelajar Ooi Chung Wei semasa perhimpunan sekolah

  
Aktiviti "Sehari Sepatah Perkataan" dan kuiz 


Tayangan video "Home of Acorn" di Bilik Seminar.


Pameran hasil lukisan, hasil kreatif ahli Kelab Usahawan Istimewa dan Aktiviti-aktiviti PKBP Tahun 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pada 25 Julai 2014


Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab:عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa selama sebulan.

Unit Pendidikan Khas SMK Jelutong turut mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 25 Julai 2014. Majlis perayaan seperti ini merupakan satu wadah dan cara bagi memupuk sikap saling memahami dan bertolak ansur dalam kalangan warga pendidikan khas SMK Jelutong demi mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama warga pendidikan khas. Majlis juga memberi kesempatan kepada warga pendidikan khas untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.


Cikgu Sharifah Nor Azieyah bt Syed Azmi menerangkan perayaan Hari Raya Aidilfitri


Pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz telah diberi hadiah



                         Pelajar Nur Nabielah bt Dzulkeffle menyanyikan lagu hari raya



 Tuan Haji Mohd Talal bin Haji Abdullah memberi duit raya kepada semua pelajar pendidikan  khas SMK Jelutong.



Guru-guru pendidikan khas yang beragama Islam turut memberi duit raya kepada semua pelajar pendidikan khas SMK Jelutong dan memberi hamper kepada guru yang bukan beragama Islam.